Kemahiran Komunikasi - Definisi & konsep komunikasi + Model-model komunikasi


Komunikasi menurut Guffey dan Alamonte (2010),adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (peneima). Menurut kedua-dua sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah iaitu:
1. Pengirim membentuk idea.
2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej.
3. Mesej akan melalui saluran komunikasi.
4. Penerima merekodkan mesej tersebut.
5. Maklum balas dihantarkan kepada pengirim.

Model-model komunikasi terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu :

1. Model Komunikasi Linear - Model Linear yang dibentuk oleh Shannon dan Weaver (1949) menggambarkan bahawa proses komunikasi adalah satu hala iaitu, pengirim akan menghantar mesej kepada penerima. penerima mesj hanya menerima mesej tanpa memberi maklum balas. bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima.

2. Model Komunikasi Interaksional - Model Interaksional oleh Wilbur Schraman (1954) menekankan pada proses komunikasi dua hala antara peserta komunikasi. Para peserta komunikasi, pengirim dan penerima, kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekodkan mesej yang diterima. 
3. Model Transaksional - Model Transaksional mrmberi penekanan kepada pengirim dan penerimaan nmesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi. Model ini menekankan komunikasi berlangsung dengan sistem dan konteks ( budaya, keluarga, rakan, tempat kerja ) yang mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi. 


8 comments:

  1. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Parfum Ralph Lauren.

    ----------

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera....
dah baca.....so, tinggalkan komen anda...
ok...terima kasih...=)