Kemahiran Komunikasi - Definisi & konsep komunikasi + Model-model komunikasi


Komunikasi menurut Guffey dan Alamonte (2010),adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (peneima). Menurut kedua-dua sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah iaitu:
1. Pengirim membentuk idea.
2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej.
3. Mesej akan melalui saluran komunikasi.
4. Penerima merekodkan mesej tersebut.
5. Maklum balas dihantarkan kepada pengirim.

Model-model komunikasi terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu :

1. Model Komunikasi Linear - Model Linear yang dibentuk oleh Shannon dan Weaver (1949) menggambarkan bahawa proses komunikasi adalah satu hala iaitu, pengirim akan menghantar mesej kepada penerima. penerima mesj hanya menerima mesej tanpa memberi maklum balas. bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima.

2. Model Komunikasi Interaksional - Model Interaksional oleh Wilbur Schraman (1954) menekankan pada proses komunikasi dua hala antara peserta komunikasi. Para peserta komunikasi, pengirim dan penerima, kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekodkan mesej yang diterima. 
3. Model Transaksional - Model Transaksional mrmberi penekanan kepada pengirim dan penerimaan nmesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi. Model ini menekankan komunikasi berlangsung dengan sistem dan konteks ( budaya, keluarga, rakan, tempat kerja ) yang mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi. 



jom...like...like...like..ok..tq..=)

terima kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca...minta kerjasama semua untuk like blog ni...
dah like blog ni...???? bagi yg dah like tu terima kasih daun keladi ye...hehehe...
yang belum like...cepat2 la like...hehehe...

Blog ni di buat untuk modul PEMBANGUNAN DIRI di UKM bg siswazah thn 1 2011/2012..
Modul Pembangunan Diri bertujuan membina modal insan yang berupaya menggunakan kemahiran insaniah bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam masyarakat termasuk dalam menjana pekerjaan sendiri dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Selaras dengan teras kedua Misi Nasional, negara perlu melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul. Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara digubal dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai had kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.






jom...like...like...like..ok..tq..=)

♥ copyright 2011/2012 pdgadisperantau ♥