Kemahiran Komunikasi - Contoh Komunikasi

Contoh halangan komunikasi...




Contoh komunikasi berkesan...









contoh cadangan....




PEMBANGUNAN DIRI
TAJUK : CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KOMUNIKASI DALAM      KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ( UKM ).

NAMA            : AMNI SYAMIMI BINTI ZAKI
NO MATRIK : A138320
NAMA            : NADIA BINTI ABDUL HAMID
NO MATRIK : A137342
NAMA            : NOR SYAKIRAH BINTI SUBHAN
NO MATRIK : A138291
NAMA            : NUREHAN BINTI JAIS
NO MATRIK : A137848
NAMA            : NURUL SUZAINE BINTI SAMAD
NO MATRIK : A138280




Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu yang lain”. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan iaitu perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud. Tujuannya supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk dari komunikasi lisan, komunikasi bukan verbal atau komunikasi bukan lisan misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan komunikasi bertulis.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi yang baik sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, sesuatu hubungan tidak akan berkekalan. Setiap manusia memerlukan komunikasi kerana manusia tidak dapa thidup keseorangan. Hal ini kerana manusia diciptakan berpasangan oleh Allah S.W.T. Menurut Shannon dan Weaver, 1948 komunikasi ialah satu minda mempengaruhi minda lain melalui tulisan, muzik, seni, lukisan, teater, tarian dan semua pertuturan manusia. Manakala menurut Sillars, 1988 komunikasi ialah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapatdan tulisan, percakapan atau imej, visual atau lain-lain dengan difahami oleh setiap yang terlibat.
            Antara cadangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan komunikasi lisan dalam kalangan pelajar ialah mengadakan pembentangan dengan lebih kerap. Setiap pelajar atau kumpulan diwajibkan membuat perbentangan di dalam kelas. Pembentangan yang selalu dilakukan boleh menghilangkan rasa gugup dan takut seseorang individu atau pelajar di khalayak ramai. Perkara yang pada mulanya sukar akan menjadi mudah apabila sering dipraktiskan. Oleh itu, pembentangan dalam kelas dapat membantu meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar.
            Selain itu, pelajar perlu banyak membaca supaya tahu tentang isu-isu semasa dan mahir tentang topik yang akan dibentangkan. Topik pembentangan yang dibentangkan harus dikuasai supaya pendengar atau penonton dapat memahami isi yang disampaikan. Semasa proses pembentangan dilakukan pasti ada soal jawab daripada pendengar atau penonton yang tidak faham dan inginkan penjelasan yang lebih mendalam tentang topik yang dibentangkan. Keadaan ini akan mempengaruhi kemahiran komunikasi seseorang individu serta meningkatkan kelemahan-kelemahan dalam proses komunikasi.
            Pelajar juga harus meningkatkan keyakinan diri dan menghindari perasaan malu. Salah satu caranya dengan meluaskan pergaulan sesama rakan kuliah dan orang-orang yang berpengalaman. Pelajar akan merasa selesa dan tidak takut salah ketika berkomunikasi. Tambahan pula, keyakinan diri membantu pelajar supaya tidak mudah gugup di khalayak ramai. Sebagai contoh, sering bergurau dan bertukar pendapat dengan ahli kumpulan. Jika pelajar itu mampu mengatasi ejekan dan gurauan dengan ahli kumpulan maka pelajar itu tidak mudah gugup dan takut dalam komunikasi. Oleh itu, jadikan ejekan rakan sekumpulan sebagai satu tindakan positif yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.
            Cara yang seterusnya ialah mengadakan seminar tentang pentingnya kemahiran komunikasi. Setiap pelajar harus sedar dan tahu tentang pentingnya kemahiran komunikasi dalam kehidupan seharian. Dalam seminar yang diadakan itu, pelajar akan didedahkan dengan cara-cara berkomunikasi dengan baik serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang komunikasi. Komunikasi yang berkesan akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian jika pelajar dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Oleh itu, pentingnya pendedahan komunikasi kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam komunikasi.
            Di samping itu, tekanan dan ekspresi mesti sesuai dengan yang dibicarakan. Modal berkomunikasi adalah suara. Dengan suara yang berintonasi baik, jelas, dinamik, bertempo yang tepat dapat memudahkan proses komunikasi. Pelajar dapat menyampaikan setiap isi komunikasi dengan berkesan kepada pendengar atau penonton. Untuk lebih berkesan, ekspresi muka perlu ditunjukkan si samping dapat menarik minat audiens.
            Bahasa yang digunakan dalam komunikasi hendaklah difahami oleh audiens. Bahasa juga mempengaruhi kefahaman audiens terhadap apa yang hendak disampaikan. Jangan dipengaruhi dengan dialek masing-masing. Misalnya, makan jadi makang dalam bahasa Terengganu. Begitu juga dengan negeri-negeri lain supaya tidak membawa dialek bahasa masing-masing ketika berkomunikasi di hadapan audiens. Tambahan pula, tidak semua dialek negeri masing-masing di fahami oleh setiap audiens. Oleh itu, jangan sesekali menggunakan dialek bahasa masing-masing supaya maklumat yang disampaikan akan diterima dengan mudah.
            Pelajar juga harus membiasakan diri dengan mengikuti program yang memerlukan kemahiran lisan yang baik. Pelajar perlu banyak melibatkan diri mereka dalam aktiviti seperti pengucapan awam, agar mereka terbiasa bercakap dikhalayak ramai dan ini membantu untuk meningkatkan keberanian dalam diri seseorang. Apabila mereka terbiasa dalam keadaan ini akan memudahkan proses komunikasi berlaku dengan berkesan.
            Di samping itu, pelajar juga perlu menyertai pertandingan yang melibatkan komunikasi sama ada komunikasi lisan, komunikasi bukan verbal dan komunikasi bertulis. Misalnya menyertai pertandingan syarahan, perbahasan, debat dan sebagainya yang akan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi. Manakala contoh bagi komunikasi bertulis ialah penulisan essei, sajak dan sebagainya. Keyakinan diri serta kemahiran komunikasi akan lebih mantap dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan. Tambahan pula, buah fikiran seseorang akan berkembang serta mampu menggunakan daya mengingat dengan lebih baik.
            Cadangan yang seterusnya untuk meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar ialah melalui perbualan atau dialog. Apabila pelajar sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain maka keyakinan diri dapat dipertingkatkan. Melalui perbualan atau dialog pelajar akan dapat idea-idea baru atau maklumat hasil daripada komunikasi yang dilakukan. Dengan itu, pelajar dapat meyakinkan diri untuk menyampaikan sesuatu tanpa rasa ragu-ragu terhadap penyampaian yang akan disampaikan. Oleh itu, perbualan atau dialog dalam kalangan pelajar juga dapat mempengaruhi kemahiran komunikasi pelajar.
            Pelajar juga harus menanam minat membaca dalam diri mereka. Membaca buku-buku ilmiah, sastera dan sebagainya akan mencambah pengetahuan pelajar dengan lebih baik lagi. Dengan pembacaan tersebut, pelajar akan lebih berpengetahuan dan berani melontarkan idea-idea, pandangan atau pendapat. Secara tidak langsung, kemahiran pelajar mampu ditingkatkan. Oleh itu, dapat disimpulkan membaca adalah jambatan ilmu.
            Selain itu, pelajar harus mendengar sesuatu perkara dengan baik. Apabila seseorang itu sedang memberi maklumat, sebagai pendengar atau penerima maklumat seharusnya mendengar dengan teliti dan memberi perhatian dengan sebaiknya. Sekiranya tidak memberi perhatian, dikhuatiri maklumat yang disampaikan oleh penyampai tidak sampai. Maka, tumpuan pendengar atau penerima sangat penting untuk memudahkan proses komunikasi dengan berkesan. Di samping itu, pelajar hendaklah mencatat perkara-perkara yang penting untuk peringatan sendiri. Oleh itu, proses komunikasi akan berjalan dengan lancar dan maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan baik.
            Setiap pelajar harus melakukan muhasabah diri. Muhasabah diri dapat mempertajamkan strategi dalam membuat keputusan supaya tidak mudah berputus asa. Banyak melakukan komunikasi dengan diri sendiri supaya lebih yakin dengan keputusan yang akan diambil. Cara ini amat penting kerana setiap individu memerlukan kekuatan dari segi emosi serta sistem sokongan sendiri.
            Cara yang seterusnya ialah membuat program komunikasi berasaskan teknologi. Dewasa ini, teknologi semakin canggih terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat melalui dalam talian seperti e-mail, facebook, twitter dan sebagainya. Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) menggunakan teknologi ini untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar seperti laman sesawang Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif ( SPIN ) dan laman sesawang Sistem Maklumat Pelajar ( SMP ). Dengan adanya kecanggihan teknologi, pelajar boleh menggunakan teknologi sebagai wadah komunikasi yang berkesan. Di samping itu, program bulan komunikasi teknologi di laman sesawang harus diadakan seperti setiap pelajar harus membuat satu bentuk komunikasi yang berkesan dan yang menang akan diberi penghargaan. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar dan dapat meningkatkan tahap komunikasi yang baik dan berkesan dalam kalangan pelajar tahun 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ).
            Komunikasi yang baik juga dipengaruhi dengan cara penyampaian seseorang individu. Komunikasi ini juga boleh dikenali sebagai komunikasi bukan verbal atau komunikasi bukan lisan. Memperbaiki bahasa tubuh dapat membuat perbezaan yang besar ketika berkomunikasi. Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki kecekapan, daya tarikan dan berfikiran positif. Sebagai contoh, jika anda sering tersenyum, anda akn mersakan lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan merasakan lebih bersemangat. Jika anda melambat-lambatkan gerakan anda ( tidak terburu-buru ), anda akan merasakan lebih tenang. Bahasa tubuh yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri, cara anda menggunakan kedua tangan dan kaki serta apa yang anda lakukan ketika berkomunikasi.
            Beberapa bahasa tubuh yang perlu diperhatikan ketika berkomunikasi ialah jangan silangkan kaki dan tangan. Bahasa tubuh ini menunjukkan seseorang itu bersifat tertutup terhadap orang yang berkomunikasi dan tidak menunjukkan hubungan komunikasi yang baik.
            Di samping itu, bahasa tubuh mengangguk ketika komunikasi dilakukan. Mengangguk menandakan bahawa anda sedang mendengarkan apa yang disampaikan. Mengangguk juga tidak semestinya anda faham semua apa yang disampaikan. Catatkan apa yang tidak faham dan jangan menyoal ketika penyampai sedang berbicara. Pastikan penyampai sudah selesai menyampaikan maklumat dan barulah anda bertanyakan soalanj yang anda tidak faham. Dengan itu, komunikasi akan nampak lebih baik dan berkesan.
            Lakukan interaksi mata semasa komunikasi bukan berlawan menatap mata. Pelajar harus pandai melakukan interaksi mata pada penyampai kerana ini dapat membuat hubungan komunikasi menjadi lebih baik. penyampai juga dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan penyampaian anda atau tidak. Tapi, jangan menatap penyampai terus menerus kerana akan menyebabkan penyampai merasa gelisah dan takut. Jika anda tidak biasa melakukan interaksi mata memang akan terasa tidak selesa pada pertama kalinya. Jika sering dilakukan akan menjadi kebiasaan dan Nampak berlakunya komunikasi antara pentampai dan pendengar.
            Pelajar juga perlu menghindari gerakan yang menunjukkan anda gelisah. Jangan terlalu menonjolkan perbuatan yang dapat menunjukkan yang anda gelisah. Misalnya, menyentuh muka, menggoyang-goyangkan kaki, mengetuk-ngetuk jari di atas meja dan apa-apa gerakan yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Gerakan-gerakan itu menunjukkan bahawa anda gugup dan dapat mengganggu suasana komunikasi yang sedang berlaku. Seboleh-bolehnya kawal perasaan gugup dan gelisah itu. Kebiasaannya perasaan gugup dan gelisah hanya pada permulaan dan akan hilang bila anda yakin akan apa yang anda lakukan.
            Semasa berkomunikasi jangan terlalu serius. Pelajar dinasihatkan jangan terlalu serius dalam penyampaian maklumat. Berceria serta santai dalam penyampaian. Bukan hanya penyampai yang ceria dan santai, pendengar juga perlu melakukan perkara yang sama. Tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu yang lucu. Dengan ini akan menampakkan keberkesanan proses komunikasi yang dilakukan. Maklumat akan mudah diterima dan mudah difahami jika diselitkan dengan gurauan dalam komunikasi.
            Manakala dari segi komunikasi bertulis iaitu komunikasi penulisan pula pelajar perlu memahami arahan atau tajuk yang diberikan untuk diolah. Komunikasi bertulis terdiri daripada laporan, surat-menyurat, memorandum, e-mail, dan tulisan ilmiah. Sebagai contoh, mendapat tugasan untuk membuat sajak kemerdekaan. Pelajar perlu mengaitkan perkara yang berkait dengan kemerdekaan. Bukan mengaitkan perkara yang tidak berkaitan seperti memasukkan unsur kartun dalam sajak. Bahasa yang digunakan untuk menulis sajak hendaklah sesuai dengan tajuk sajak. Misalnya sajak Melayu Mudah Lupa oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, 2001. Sajak ini menyentuh tentang keadaan masyarakat melayu pada masa kini. Dan bagi yang memahami maksud ini akan nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad.
            Penulisan juga hendaklah mempunyai gaya bahasa yang baik. Penulisan yang baik ialah apa yang ditulis itu mudah difahami dan dibaca oleh orang lain. Gaya bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga asalkan pembaca memahami isi kandungan yang hendak disampaikan. Penulis atau pelajar juga mesti mempunyai pengetahuan tatabahasa yang baik untuk menulis sesuatu perkara. Pengolahan gaya bahasa hendaklah menarik dan sesuai dengan perkara yang hendak ditulis. Dengan itu, komunikasi bertulis akan mudah diterima oleh pembaca.
            Sekiranya penulis ingin menggunakan fakta dalam penulisan, pastikan fakta yang digunakan itu tepat dan datang dari sumber yang benar. Sekiranya fakta yang diberikan tidak tepat akan merosakkan penulisan dan pembaca akan mendapat maklumat yang salah. Fakta yang tidak pasti seboleh-bolehnya dilakukan kajian terhadap perkara tersebut. Jangan mengunakan fakta yang ragu-ragu dalam penulisan. Pendapat, teori-teori, prinsip, falsafah dan ideologi boleh dijadikan fakta dalam penulisan.
            Laras bahasa penulisan juga memainkan peranan yang penting dalam penulisan. Laras bahasa boleh beubah-ubah mengikut situasi sama ada dalam situasi formal ataupun bukan formal. Laras formal mempunyai format tersendiri dan lebih kepada penulisan yang mempunyai bahasa yang baik. Manakala laras bukan formal lebih kepada bahasa yang tidak tersusun dengan baik. Menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi dapat dielakkan dengan kebolehan penulis membezakan laras formal dan bukan formal.
            Pengolahan yang baik dalam penulisan memudahkan maklumat dibaca serta difahami. Pengolahan melibatkan bahasa dan penggunaannya secara berkesan serta melibatkan format dan bentuk. Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian. Penulisan akan menjadi baik, menarik dan matang sekiranya penulis memberikan gambaran yang jelas dan menggerakkan rangsangan serta daya berfikir pembaca.
            Dari aspek bahasa penulisan pula, bahasa haruslah mudah dibaca, ditelahi dan difahami. Jangan menggunakan bahasa daerah dari negeri masing-masing kerana tidak semua pembaca memahaminya. Penulis haruslah peka terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang digunakan agar menarik dan dan mudah dinikmati. Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Dengan itu, penulisan yang dihasilkan akan nampak menarik dan isi kandungan penulisan mudah difahami.
            Sebagai kesimpulannya, komunikasi akan menjadi tidak sempurna sekiranya terdapat halangan-halangan dalam berkomunikasi iaitu seorang yang pemarah, orang yang kurang sopan, orang yang pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang sentiasa mendesak, orang yang sentiasa mengkritik,orang yang bermulut murai, orang yang suka berbalah dan yang terakhir ialah orang yang enggan mendengar apa yang ingin disampaikan. Oleh itu, proses komunikasi mempengaruhi minda, perasaan dan tingkah laku seseorang, kepentingan kemahiran adalah penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik, cuba mengenalpasti punca, halangan dalam komunikasi untuk melahirkan komunikasi yang baik.



jom...like...like...like..ok..tq..=)

13 comments:

  1. Assalamualaikum.. terima kasih atas maklumat ini..:)

    ReplyDelete
  2. Hey I know this is off topic but I was wondering if you
    knew of any widgets I could add to my blog that automatically tweet my
    newest twitter updates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping
    maybe you would have some experience with something like
    this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your
    blog and I look forward to your new updates.

    Take a look at my weblog; portola plaza monterey

    ReplyDelete
  3. salam.. amni syamimi, are u sarawakian? Is't UKM's student? congratulation for ur achievemnet dear. actually i need ur idea/suggestion for my students. i really2 'blur' and 'blank' on how to create the best assignment for them. it is about 'komunikasi dakwah'. i need some idea for outdoor assignment. tqvm for ur attention =)

    ReplyDelete
  4. saya nak amik sikit untuk kk saya yer tanks

    ReplyDelete
  5. saya nak amik sikit untuk kk saya yer tanks

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas maklumat yang disampaikan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera....
dah baca.....so, tinggalkan komen anda...
ok...terima kasih...=)

♥ copyright 2011/2012 pdgadisperantau ♥