Kemahiran Komunikasi - Bentuk-Bentuk Komunikasi

Bentuk-Bentuk Komunikasi :

1. Komunikasi Intrapersonal - komunikasi secara bersendirian tanpa    melibatkan orang lain. Komunikasi Intrapersonal ialah fungsi psikologi untuk membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.



 2. Komunikasi Interpersonal - melibatkan dua individu. Dalam komunikasi Interpersonal ini dua individu saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat.









3. Komunikasi Berkumpulan - melibatkan lebih daripada dua individu. Komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi di dalam suatu kumpulan besar.



4. Komunikasi Organisasi - kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yng lebih besar. Komunikasi di dalam sesebuah organisasi lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu.



5. Komunikasi Awam - melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau khalayak.






6. Komunikasi Silang Budaya - merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.




7. Komunikasi Berasaakan Teknologi - suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini. 







jom...like...like...like..ok..tq..=)

6 comments:

  1. y1z02f6u76 j7g78y5h47 g1g52o2u46 n5i11k9x21 c3r66b0v96 m0w25j1r43

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera....
dah baca.....so, tinggalkan komen anda...
ok...terima kasih...=)

♥ copyright 2011/2012 pdgadisperantau ♥