Kemahiran Komunikasi - Penggunaan Laras Bahasa

Penggunaan Laras Bahasa.

Laras Biasa/Umum : laras ini tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana ia tiada kaitan dengan bidang ilmiah. laras bahasa bagi kategori ini mudah difahami dan tiada masalah teknikal. Ayat digunakan agak pendek, ringkas dan kadangkala tidak mengikut tatabahasa.

Laras Ilmiah : laras bahasa ilmiah merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, teknologi, ekonomi, dan lain-lain lagi. Laras bahasa ilmiah bersifat formal menggunkan istilah dan format mengikut bidang berkaitan. Sebagai contoh, dalam penulisan tesis atau latihan ilmiah di UKM, format Gaya UKM perlu diikuti.

Laras Agama : laras bahasa agama banyak mengandungi istilah agama kerana ia melibatkan wacana agama.

Laras Undang-Undang : penulisan undang-undang mempunyai larasnya yang tersendiri kerana terdapat istilah khusus bagi bidang ini. Sebagai contoh: defendan, plaintif, bone fide dan lain-lain lagi.

Laras Sastera : laras satera berbentuk puitis, dramatik, figurative, naratif dan deskriptif. Bahasa dalam laras sastera banyak mengandungi perkara atau mesej tersirat, seperti kiasan, peribahasa, personafikasi, metafora dan lain-lain lagi. 







jom...like...like...like..ok..tq..=)

5 comments:

Assalamualaikum & salam sejahtera....
dah baca.....so, tinggalkan komen anda...
ok...terima kasih...=)

♥ copyright 2011/2012 pdgadisperantau ♥